Cari @ Amanz

Asus pada tahun lepas telah memperkenalkan Asus ZenWatch, yang mana merupakan jam tangan pintar berasaskan Android Wear daripada mereka. Malangnya, jam tangan pintar tersebut tidak memasuki pasaran tempatan, dan Asus mengatakan akan membawa masuk versi seterusnya ke pasaran tempatan.

ASUS VivoWatch

Nampaknya, mungkin kita tidak perlu nantikan untuk masa yang lama Asus memperkenalkan variasi baru jam tangan pintar mereka. Kini kelihatan mereka sedang menyiapkan sebuah produk baru dinamakan sebagai VivoWatch.

Memandangkan ia tidak menggunakan jenama “zen”, maka ia masih menjadi tanda tanya sama ada ia akan menggunakan sistem operasi berasaskan Android Wear, atau sistem operasi tersendiri daripada Asus.

VivoWatch ini dikatakan akan memfokuskan lebih kepada kecergasan, dan menariknya menawarkan masa penggunaan sehingga 10 hari lamanya.

Dengan fokus terhadap kecergasan juga, jam ini dijangka akan dilengkapi sokongan kalis air.

Maklumat lanjut mengenai jam tangan pintar ini masih samar-samar, dan Asus dijangka akan berkongsi lanjut mengenainya berkemungkinan seawal esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd