Kemaskini WhatsApp Untuk Android Kini Membawakan Antaramuka Material Design

Kemaskini WhatsApp Untuk Android Kini Membawakan Antaramuka Material Design

Diterbitkan pada Apr 14, 2015 oleh .

WhatsApp boleh dikatakan agak kurang menampilkan kemaskini pada antaramuka aplikasi mereka dan kini mereka telah hadir dengan kemaskini baru berasaskan Material Design untuk Android.

Bermula dengan versi 2.12.34, antaramuka WhatsApp kini membawakan antaramuka mendatar (flat) sepenuhnya yang selari dengan antaramuka Android 5.0 Lollipop. Ia juga menampilkan animasi berasaskan Material Design yang lebih kemas dan minimal disamping hadir dengan ikon baru pada ruangan attachment.

WhatsApp Material Design

Walau bagaimanapun, kemaskini ini masih belum tersedia di Google Play Store dan sekiranya anda ingin mencubanya dengan lebih awal, anda boleh memuat-turun dan memasang fail APK di bawah.

Muat-Turun: WhatsApp 2.12.38 Untuk Android

Pada percubaan kami, menggunakan WhatsApp versi terbaru ini dilihat ada sedikit lengah masa ketika membuka conversation atau group. Sekiranya anda ingin kembali ke WhatsApp versi tanpa Material Design, anda boleh memuat-turun fail WhatsApp versi lama di bawah.

Muat-Turun: WhatsApp 2.12.33 Untuk Android

Bagi anda yang ingin menunggu kemaskini rasmi, kemaskini WhatsApp dengan Material Design ini bakal diperkenalkan secara berperingkat melalui Google Play Store dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN