Lumia 640, 640XL dan 430 Dilancarkan Di Malaysia

Lumia 640, 640XL dan 430 Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 14, 2015 oleh .

Tiga peranti terkini Lumia dilancarkan di Malaysia hari ini. Lumia 640, Lumia 640XL dan Lumia 430 adalah tiga peranti yang dilancarkan hari ini. Lumia 640 ialah peranti 5″ (720P) yang diperkasakan pemproses 1.2 GHz empat teras Snapdragon 400, 1 GB RAM, muatan dalaman 8 Gigabyte dan bateri 2500 mAh. Ia mempunyai kamera 8 MP pada bahagian belakang dan 1 MP pada bahagian hadapan.

LUMIA20150414_120901

MWC 2015: Pandang Pertama Lumia 640

Lumia 640XL pula mempunyai skrin 5.7″ (720P) , pemproses 1.2 GHz empat teras Snapdragon 400, 1 GB RAM, muatan dalaman 8 Gigabyte dan bateri 3000 mAh. Kemampuan kamera 640XL adalah lebih tinggi dengan kamera utama 13 MP dan kamera hadapan 5 MP.

LUMIA20150414_120609

MWC 2015: Pandang Pertama Lumia 640 XL 

Akhir sekali ialah peranti kelas permulaan Lumia 430 dengan skrin 4″ (480P), pemproses 1.2 GHZ dua teras Snapdragon 200, 1 GB RAM, muatan dalaman 8 Gigabyte dan bateri 1500 mAh. Kamera utama sebesar 2 MP dan kamera hadapan VGA. Ketiga-tiga peranti mempunyai sokongan dwi SIM. Hanya Lumia 640 menyokong dwi SIM LTE buat masa ini. Terdapat perancangan membawa masuk Lumia 640XL dwi SIM LTE di masa hadapan.

LUMIA20150414_121317

Ketiga-tiga peranti menggunakan sistem operasi Windows Phone 8.1 dan akan menerima kemasan Windows Phon 10 kelak. Bagi pembeli Lumia 640 dan 640XL, Microsoft akan memberikan langganan Office 365 Personal percuma selama setahun. Storan awaman One Drive sebesar 1 Terabyte juga disertakan secara percuma.

Harga jualan peranti adalah RM739 untuk Lumia 640, RM929 untuk Lumia 640XL dan RM319 untuk Lumia 430. Ketiga-tiga peranti akan mula dijual bermula 17 April ini.


TIPS & ULASAN