Bagaimana Menggunakan Carian Google Sekarang, Memandangkan Google Malaysia Bermasalah?

Bagaimana Menggunakan Carian Google Sekarang, Memandangkan Google Malaysia Bermasalah?

Diterbitkan pada Apr 14, 2015 oleh .

Masalah untuk akses Google Malaysia disebabkan masalah DNS bukan sesuatu yang baru. Hari ini, masalah tersebut berulang kembali, membuatkan ramai yang tergendala dalam melakukan beberapa tugasan, terutamanya yang memerlukan mereka membuat carian informasi dan sebagainya.

Memandangkan ia melibatkan masalah DNS, maka ia akan mengambil masa sedikit – mungkin beberapa jam sebelum ia dipulihkan dan beroperasi seperti biasa.

Sementara menantikan ia kembali beroperasi seperti biasa, Google Malaysia mencadangkan pengguna untuk menggunakan enjin carian global mereka, di Google.com dan bukannya di Google.com.my sehingga masalah ini selesai.

Layari : Google.com


TIPS & ULASAN