Maybank Hadir Dengan Aplikasi “Property Finder” Untuk Memudahkan Carian Hartanah Untuk Dibeli

Maybank Hadir Dengan Aplikasi “Property Finder” Untuk Memudahkan Carian Hartanah Untuk Dibeli

Diterbitkan pada Apr 14, 2015 oleh .

Maybank merupakan salah satu bank terkemuka di Malaysia, dimana ramai juga menggunakannya untuk mendapatkan pinjaman untuk membeli hartanah. Terkini, dengan industri hartanah di Malaysia berkembang pesat, pihak Maybank turut hadir dengan sebuah aplikasi khusus untuk menemui hartanah baru yang boleh dibeli – dinamakan Maybank Property Finder.

Maybank Property Finder

Menggunakan aplikasi yang ditawarkan untuk Android dan iPhone ini, pengguna boleh melakukan carian tempat untuk dijual atau disewa, dan menghubungi agen atau penjual menggunakannya. Fungsi geolokasi turut disertakan, dimana pengguna boleh membuat carian untuk hartanah yang ingin dijual berdekatan dan berhampiran dengan anda.

Maybank Property Finder

Pada aplikasi yang sama juga, Maybank menyertakan sokongan pengiraan dalam memudahkan pengguna mengira kemampuan dan juga pinjaman yang ingin dilakukan – amat berguna bagi mereka yang ingin membeli hartanah mereka.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini daripada Google Play Store dan Apple AppStore hari ini, dan mencubanya sendiri dalam mencari dan membuat kiraan anda.

Maybank Property Finder

Muat-Turun Maybank Property Finder untuk Android

Muat-Turun Maybank Property Finder untuk iPhone


TIPS & ULASAN