Nokia Dan Alcatel-Lucent Dalam Perbincangan Untuk Menyatukan Syarikat

Nokia Dan Alcatel-Lucent Dalam Perbincangan Untuk Menyatukan Syarikat

Diterbitkan pada Apr 14, 2015 oleh .

NokiaPada minggu lepas, kita telah mendengar laporan mengatakan Nokia mungkin menjual bahagian pemetaan mereka – HERE Maps, dan lebih memfokuskan kepada perniagaan rangkaian mereka. Kini, lanjutan daripadanya, hari ini ia diketahui Nokia dan Alcatel-Lucent sedang dalam perbincangan untuk penyatuan syarikat.

Kedua-dua syarikat telah mengesahkan yang mana mereka dalam fasa perbincangan buat masa ini, dimana Nokia menawarkan untuk pengambil-alihan dan penyatuan Alcatel-Lucent.

Seperti biasa, walaupun kedua-dua syarikat mengesahkan mereka sedang berbincang untuk menyatukan atau pengambil-alihan, tetapi terdapat juga kemungkinan untuk perkara tersebut tidak terjadi.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah pengumuman lanjut daripada kedua-dua syarikat gergasi dalam penawaran perkhidmatan rangkaian ini.


TIPS & ULASAN