Cari @ Amanz

Opera Mini merupakan salah satu pelayar web yang digemari ramai memandangkan ia menjimatkan penggunaan data ketika melayari web melalui fungsi penjimatan terbina. Hari ini, Opera Mini untuk Android telah dikemaskini kepada versi terbaru, dimana salah satu perkara baru yang dibawakan adalah kemaskini dari segi rekaannya.

Melalui rekaan baru ini, selain memberikan pengalaman penggunaan seperti aplikasi natif, Opera juga kini menyertakan sokongan untuk skrin bersaiz besar, dan ia tidak lagi kelihatan janggal seperti sebelum ini.

Opera Mini Android

Disamping itu, Opera Mini untuk Android kini turut menyertakan sokongan Private Tabs, dan kebolehan memaparkan cadangan ketika anda sedang menaip sesuatu URL. Halaman hadapan juga kini disatukan dengan ruangan Speed Dial dan juga Discover.

Bagi para pengguna peranti Android, anda boleh memuat-turun atau mengemaskini pelayar web Opera Mini anda, dan menggunakan kelebihan yang dibawakan oleh Opera melalui versi terbaru pelayar web yang menjimatkan data daripada mereka ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd