Acara tahunan WWDC (Worldwide Developers Conference) daripada pihak Apple merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai yang meminati gajet dan teknologi. Pada tahun ini, mereka menjadualkan acara tersebut dari 8 Jun hingga 12 Jun 2015 kelak.
Acara WWDC sedia menjadi salah satu acara utama pihak Apple dalam mengumumkan pelbagai perkara baru – terutamanya dari segi perisian. Memandangkan acara tersebut memfokuskan kepada pembangun, Apple biasanya akan berkongsi mengenai sistem operasi (OS X dan iOS) terbaru mereka, dan membolehkan pembangun bersedia dengan aplikasi sebelum versi akhir sistem operasi berkenaan dilancarkan beberapa bulan selepas acara WWDC berkenaan. Beberapa desas-desus juga turut mengatakan kita mungkin akan melihat beberapa produk baru pada acara berkenaan, termasuk berkemungkinan Macbook dengan sokongan ForceTouch.
Para pembangun yang berminat boleh mendaftarkan diri untuk menghadirkan diri bagi acara berkenaan, dan anda akan dikenakan caj sebanyak $1599 sekiranya menjadi antara mereka yang terpilih untuk menghadiri acara berkenaan.