Twitter Bakal Memperkenalkan Halaman Utama Baru Dalam Memudahkan Penemuan Tweet

Twitter Bakal Memperkenalkan Halaman Utama Baru Dalam Memudahkan Penemuan Tweet

Diterbitkan pada Apr 15, 2015 oleh .

Twitter merupakan salah satu laman sosial yang digunakan ramai dalam menemui pelbagai berita-berita semasa di sekeliling mereka, selain daripada perkongsian rakan-rakan dan ahli keluarga. Sehingga kini, jika anda melawati laman utama Twitter, ia hanya memaparkan ruangan untuk log masuk sahaja, dan perkara tersebut dilihat ingin diubah oleh Twitter dalam beberapa hari lagi.

Twitter Baru

Melalui halaman web utama baru yang ditujukan kepada mereka yang tidak log masuk ke perkhidmatan tersebut, Twitter dilihat ingin memudahkan para pengguna untuk menemui pelbagai kandungan yang dikongsikan pada laman-laman berkenaan.

Twitter dilihat akan mengkategorikan sejumlah Tweet mengikut kategori masing-masing, dan pengguna boleh memilihnya dan mengikuti perkongsian semasa daripada kategori tersebut. Topik hangat semasa juga turut dipaparkan pada bahagian kiri.

Twitter Baru

Twitter dikatakan akan memperkenalkan perubahan baru ini dalam masa beberapa hari lagi, dan pengenalan akan dimulakan dengan untuk versi berbahasa Inggeris terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN