OnePlus One Di Malaysia Pada 22 April 2015 – Ditawarkan Secara Eksklusif Dari Maxis

OnePlus One Di Malaysia Pada 22 April 2015 – Ditawarkan Secara Eksklusif Dari Maxis

Diterbitkan pada Apr 15, 2015 oleh .

Pada awal April yang lepas, kami telah berkongsi mengatakan Maxis akan menawarkan OnePlus One untuk pasaran Malaysia. Hari ini, pihak OnePlus mengesahkan ia, dan mengatakan peranti berkenaan akan ditawarkan di Malaysia bermula 22 April kelak.

OnePlus One Malaysia

OnePlus One merupakan salah satu peranti yang menarik perhatian ramai sejak pengenalannya tahun lepas. Salah satu faktor yang menjadikan ia diminati ramai adalah kerana penawaran spesifikasi tinggi pada harga rendah, selain dilengkapi sistem operasi CyanogenMod berasaskan kepada Android.

OnePlus One menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 801, memori 3GB RAM, dan skrin bersaiz 5.5-inci. Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera belakang 13-megapixel, dan ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 3100mAh.

Pihak OnePlus atau Maxis masih tidak berkongsi akan mengenai harga jualannya. Namun, mengikut bahan promosi yang tertiris sebelum ini, OnePlus One dilihat akan membawakan harga RM1299 dan ditawarkan serendah RM959 melalui Maxis. Penawaran harga ini masih belum disahkan buat masa ini, dan mungkin ianya berubah ketika pelancaran 22 April kelak.

Maxis OnePlus


TIPS & ULASAN