Cari @ Amanz

Kereta lumba mewah seperti Lambroghini dan Ferrari adalah kenderaan yang hanya menjadi idaman kebanyakan individu. Wang simpanan yang ada tidak mencukupi untuk anda memiliki kereta ini kerana anda tidak mengumpul wang sejak dari kecil seperti sesetengah individu. Oleh itu cangkerang berbentuk kereta mewah Lamborghini ini mungkin boleh menjadi tempat melepaskan impian yang tidak akan kesampaian.

lambor-2

Cangkerang plastik ini boleh dimiliki oleh pengguna iPhone 6, 5S, Galaxy S3 dan S4. Penutup bahagian enjin cangkerang ini boleh dibuka dan menjadi tetongkat terbina bagi mendirikan peranti di atas meja. Terdapat 6 pilihan warna menarik sama seperti warna kereta yang ditawarkan oleh pihak Lamborghini. Nampak agresif dan tahan lasak. Setiap cangkerang dijual pada harga sekitar RM 33 sebuah.

Persoalannya di sini ialah mengapa tidak ada versi kenderaan tempatan? Sebenarnya kami mahu cangkerang peranti berbentuk Perodua Rusa dan Proton Tiara. Dua kenderaan yang kurang mendapat tempat di hati pembeli tetapi kami cukup minati kerana ianya semakin jarang dilihat di atas jalan raya.

Lambor-1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd