Google Nexus 4 Kini Mula Menerima Kemas Kini Android 5.1
LG

Google Nexus 4 Kini Mula Menerima Kemas Kini Android 5.1

Diterbitkan pada Apr 15, 2015 oleh .

Pevo-Nexus-4eranti ini mungkin sudah berusia hampir tiga tahun tetapi nampaknya masih menerima sokongan rasmi dari Google. Hari ini Google mula melakukan kemas kini Android 5.1 buat pengguna Nexus 4. Buat masa ini kami difahamkan kemas kini hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Utara dan Eropah. Pengguna tempatan masih perlu menanti buat masa ini.

Ketika dilancarkan pada November 2012, Nexus 4 hadir dengan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean. Walaupun peranti ini kini boleh diklasifikasikan sebagai peranti kelas pertengahan, ia masih mampu menerima kemas kini terkini.

Sementara itu masih banyak peranti utama dari pengeluar lain masih tersekat dengan Android 4.4.4 Kit Kat. Jika anda pengguna Nexus 4 ini pastinya berita yang menggembirakan. Peranti mungkin sudah dikira antik tetapi sistem operasi tetap terkini.


TIPS & ULASAN