Nokia Akan Mengambil-Alih Alcatel-Lucent Pada Nilai Mencapai RM61.34 Bilion

Nokia Akan Mengambil-Alih Alcatel-Lucent Pada Nilai Mencapai RM61.34 Bilion

Diterbitkan pada Apr 15, 2015 oleh .

Nokia AlcatelLanjutan daripada laporan semalam, hari ini Nokia telah pun mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih Alcatel-Lucent pada nilai mencapai €15.6 bilion (~RM61.34 bilion). Transaksi akan dilakukan menggunakan saham secara keseluruhanya.

Melalui pengambil-alihan dalam bentuk saham ini, syarikat baru yang akan mengekalkan jenama Nokia ini akan dimiliki hampir 33.5% oleh pemilik Alcatel sedia ada, dan baki 66.5% dipihak Nokia.

Nokia juga akan terus mengukuhkan bahagian perkhidmatan rangkaian mereka melalui pengumuman ini, selain memberikan saingan lebih sihat terhadap Ericsson dan Huawei. Nokia mengatakan pengambil-alihan ini akan membolehkan mereka terus mengukuhkan kedudukan, serta turut memfokuskan kepada pelbagai teknologi baru, dimana antaranya adalah untuk seperti peranti berhubung (Internet Of Things) dan juga perkomputeran awan.

Pengambil-alihan ini dijangka akan selesai sepenuhnya sekitar pertengahan pertama 2016 kelak.

Pada pengumuman yang sama juga, pihak Nokia turut memberikan gambaran mengatakan mereka mungkin akan menjual bahagian perniagaan pemetaan mereka – HERE Maps. Mengikut desas-desus sebelum ini, Nokia dikatakan sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk tujuan tersebut, termasuk dengan Uber.


TIPS & ULASAN