LINE Mileage Membolehkan Pengguna LINE Di Malaysia Mengumpulkan Mata Ganjaran – Digunakan Bersama BCARD

LINE Mileage Membolehkan Pengguna LINE Di Malaysia Mengumpulkan Mata Ganjaran – Digunakan Bersama BCARD

Diterbitkan pada Apr 15, 2015 oleh .

LINE merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular di Malaysia, dan sebelum ini mereka telah memperkenalkan beberapa perkara termasuk LINE Pay dan sebagainya. Kini, pihak LINE Malaysia turut mengumumkan pengenalan sebuah lagi penawaran baru dinamakan sebagai LINE Mileage.

LINE Mileage adalah sistem mata ganjaran yang ditawarkan oleh LINE untuk para pengguna mereka. Untuk mengumpulkan mata ganjaran, pengguna hanya perlu menghantar mesej kepada rakan mereka lain di LINE, dan setiap satu mesej (dalam bentuk teks, atau sticker) akan menerima 1 Friendship Point.

LINE Mileage

Pengguna boleh memindahkan mata ganjaran mereka kepada BCARD selepas mengumpulkan 1000 Friendship Point – dimana akan ditukar kepada 1000 mata ganjaran BCARD bersamaan RM10.

LINE juga menawarkan 300 mata ganjaran percuma untuk semua pengguna baru sehingga 26 April kelak.

Sistem mata ganjaran BCARD sedia digunakan oleh kebanyakkan jenama popular di Malaysia, dan antaranya adalah termasuk Starbucks, Chatime, Zalora, dan sebagainya.

Perkhidmatan LINE Mileage ini akan diperkenalkan di Malaysia bermula 16 April ini, dan anda akan diminta memasukkan nombor akaun BCARD pada LINE Mileage sebelum dapat menggunakan sistem mata ganjaran daripada LINE ini.

Dengan pengenalan sistem ganjaran ini, adakah kita akan dapat melihat LINE digunakan dengan lebih kerap dikalangan penggua tempatan?


TIPS & ULASAN