Segway merupakan salah satu kenderaan beroda dua yang agak popular dan digunakan dipelbagai jenis industri. Walaupun popular, tetapi syarikat disebaliknya dilihat sedikit menghadapi masalah, dan telah bertukar tangan beberapa kali. Terkini, hari ini Ninebot dari China mengumumkan akan mengambil-alih Segway.
Ninebot sedia popular dalam yang lebih kurang sama, dan pengambil-alihan Segway ini terus mengukuhkan lagi portfolio penawaran mereka. Ia dikatakan Segway akan terus kekal sebagai jenama berasingan dan beroperasi sebagai subsidiari penuh milik Ninebot selepas proses pengambil-alihan ini selesai.
Pada masa yang sama, menariknya, Ninebot turut mengumumkan yang mana mereka telah menerima pelaburan daripada beberapa pihak, dan salah satunya adalah Xiaomi. Xiaomi sendiri sebelum ini telah melabur dalam beberapa syarikat, dan pelaburan di Ninebot ini memperlihatkan minat mereka dalam arena pengangkutan. Tidak mustahil juga untuk kita melihat pihak Xiaomi turut membantu Ninebot dalam pemasaran – apatah lagi Xiaomi mempunyai kalangan peminat yang tinggi bukan sahaja di China, tetapi di pelbagai negara luar.