Carian
Huawei Akan Menyiarkan Pengumuman Huawei P8 Secara Langsung Melalui Web
April 15, 2015 Aman

Huawei hari ini akan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Huawei P8 di London. Menariknya, pengumuman tersebut juga akan disiarkan secara langsung melalui web, membolehkan para pengguna dan peminat gajet seluruh dunia mengikutinya.

Huawei Follow The Light

Huawei P8 akan menjadi peranti utama baru daripada pengeluar dari China berkenaan. Sebelum ini, Huawei P7 sendiri mempunyai peminat yang ramai, malah pihak Huawei turut hadir dengan edisi khas untuk para peminat Arsenal.

Spesifikasi Huawei P8 masih lagi menjadi misteri buat masa ini, tetapi ia dijangka akan menggunakan cip pemprosesan Kirin daripada Huawei. Selain itu, kita juga akan dapat melihat penawaran kamera yang baik, disamping penambah-baikkan pada EmotionUI mereka.

Bagi anda yang berminat, boleh menonton pengumuman rasmi Huawei P8 ini melalui web pada pukul 10 malam waktu tempatan sebentar lagi.

Komen