Shabery : Harga Langganan Jalur-Lebar Asas Akan Dikurangkan Sehingga 57%

Shabery : Harga Langganan Jalur-Lebar Asas Akan Dikurangkan Sehingga 57%

Diterbitkan pada Apr 15, 2015 oleh .

Ahmad Shabery, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah berkongsi mengatakan bakal mengumumkan penurunan harga langganan jalur-lebar sebelum ini. Hari ini, beliau secara rasminya berkongsi lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Ahmad Shabbery

Melalui pengumuman beliau, harga penawaran perkhidmatan akses internet melalui akan bermula daripada RM38 sebulan untuk kelajuan 1Mbps. Kami masih kurang pasti berkenaan sama ada ia akan ditawarkan melalui pakej TMgo ataupun Streamyx. Tetapi, pihak TIME dot com telah mengatakan akan menawarkan pakej serendah RM38 pada tempoh lebih kurang sama. Telekom Malaysia juga dikatakan berkemungkinan mengurangkan harga langganan UniFi sebanyak 10% bagi pakej 10Mbps tidak lama lagi.

Disamping itu, penawaran perkhidmatan jalur-lebar mudah-alih pula dikatakan akan ditawarkan pada harga RM25 untuk langganan 1GB daripada beberapa syarikat telekomunikasi utama, seperti Celcom, Maxis dan UMobile.

Pakej jalur lebar asas daripada Telekom Malaysia dikatakan akan bermula bulan Jun 2015 kelak, sementara untuk talian mudah-alih ia akan ditawarkan bermula bulan ini.


TIPS & ULASAN