Huawei P8 Max Diumumkan – Hadir Dengan Skrin Bersaiz 6.8-inci

Huawei P8 Max Diumumkan – Hadir Dengan Skrin Bersaiz 6.8-inci

Diterbitkan pada Apr 15, 2015 oleh .

Bersama-sama pengenalan Huawei P8, pihak Huawei turut memperkenalkan sebuah phablet dibawah keluarga sama, iaitu Huawei P8 Max. Ia membawakan skrin bersaiz 6.8-inci, dan Huawei mengatakan ia membawakan skrin paling jelas untuk saiznya di pasaran pada hari ini.

Huawei P8 Max turut hadir dengan beberapa penambahan lain, terutamanya dari segi antaramuka. Pengguna disediakan dengan antaramuka yang boleh digunakan secara landskap, selain kebolehan untuk menggunakan dua aplikasi bersebelahan melalui mod “Split Window”.

Huawei P8 Max

Huawei P8 Max

Huawei P8 Max

Huawei P8 Max

Huawei P8 Max

Huawei P8 Max

Huawei P8 Max

Huawei P8 Max

Huawei P8 Max

Huawei P8 Max

Dengan saiz yang lebih besar, Huawei P8 Max turut menyertakan ruangan bateri tambahan yang membolehkan peranti ini bertahan sehingga lebih 2 hari lamanya.

Huawei turut menekankan peranti ini tidak akan menjadi panas seperti pelbagai peranti lain ketika menikmati video atau media untuk masa yang lama. Huawei P8 akan hadir dalam variasi dua SIM sahaja, dan bukannya dengan pilihan satu-SIM atau hibrid seperti Huawei P8. Sejumlah aksesori turut disediakan, dan salah satunya dilihat menyerupai Dot View Case daripada HTC.

Huawei P8 Max

Huawei P8 Max

Huawei P8 Max akan hadir dalam variasi 32GB dan juga 64GB, dimana versi 32GB dijual pada harga 549 Euro (~RM2150), sementara 64GB dijual pada harga 649 Euro (~RM2550). Kedua-duanya turut akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Huawei P8 Max

Huawei P8 Max


TIPS & ULASAN