Apple Watch Bernilai RM 660 000 Kini Boleh Anda Miliki

Apple Watch Bernilai RM 660 000 Kini Boleh Anda Miliki

Diterbitkan pada Apr 16, 2015 oleh .

Goldgenie-Apple-Watch

Apple Watch Edition yang dihasilkan oleh Apple dijual pada harga $10 000.Jumlah terhad jam pintar bersadur emas ini akan dijual di dunia dan ianya hanya boleh dipesan di beberapa Apple Store terpilih. Sekiranya Apple Watch Edition masih belum cukup eksekutif bagi anda, kini wujud Apple Watch Diamond Ecstasy yang dihasilkan oleh Goldgenie. Jam pintar keluaran mereka diperbuat daripada platinum dan bertatahkan berlian. Harga jualan seutas Diamond Ecstasy ialah  £ 121000 (RM 660 000). Sekiranya edisi ini terlalu mahal pihak Goldgenie ada menghasilkan versi saduran emas merah pada harga lebih mampu milik £ 55000 dan kulit ular sawa pada harga  £ 1997.

Apple adalah jenama paling bernilai di dunia sekarang dan kini boleh dikategorikan sebagai barangan mewah. Tidak mengejutkan apabila ada pihak yang akan menghasilkan versi lebih mewah pada harga Borjuis produk keluaran mereka. Sekiranya tidak ada permintaan tidak akan wujud barangan yang dijual. Jika produk berkualiti pasti akan ada versi mewahnya. Itu juga sebab mengapa tidak ada Proton Tiara edisi saduran emas, bertatah permata dan mempunyai enjin 300 kuasa kuda. Tiada permintaan buat masa ini.

 

 

 


TIPS & ULASAN