Cari @ Amanz

Xiaomi pada tahun ini telah memperkenalkan Redmi 2 yang hadir dengan sistem operasi MIUI 6 terkini. Perkara ini mungkin menjadikan ramai tertanya-tanya berkenaan kemaskini perisian serupa untuk para pengguna Xiaomi Redmi 1S sedia ada.

Kini, Xiaomi telah pun mula menawarkan versi percubaan beta untuk MIUI 6 bagi para pengguna Redmi 1S. Seperti semua sedia maklum, ia membawakan kemaskini dari segi antaramuka, dan menyertakan beberapa sokongan baru bersama-sama sistem operasi berkenaan.

Redmi MIUI6

Pihak Xiaomi masih tidak memberikan bilakah versi akhir untuk MIUI 6 bagi pengguna Redmi 1S akan ditawarkan. Melalui pengenalan versi beta ini, Xiaomi dilihat ingin mendapatkan maklumbalas para pengguna seluruh dunia terlebih dahulu, dan menambah-baik serta mengoptimasikannya lagi sebelum ia diperkenalkan secara rasmi.

Bagi anda yang menggunakan Redmi 1S, dan ingin mencuba versi pembangunan MIUI 6 Beta ini, anda boleh lakukannya hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd