Kini Anda Boleh Membuat Carian “Find My Phone” Pada Google Untuk Mencari Telefon Android Anda

Kini Anda Boleh Membuat Carian “Find My Phone” Pada Google Untuk Mencari Telefon Android Anda

Diterbitkan pada Apr 16, 2015 oleh .

Carian Google sedia digunakan ramai untuk melakukan pelbagai perkara, dan hari ini Google menambah satu lagi fungsi menarik pada enjin carian mereka, iaitu membolehkan para pengguna peranti Android membuat carian lokasi semasa untuk peranti mereka.

Sokongan carian ini adalah integrasi daripada penggunaan Android Device Manager sebelum ini, dan pengguna perlu log masuk ke akaun Google ketika membuat carian berkenaan.

Google Find My Phone

Fungsi ini boleh dikatakan amat berguna kepada ramai pengguna, memandangkan mungkin ramai tidak mengetahui akan bagaimana untuk mengakses Android Device Manager. Sebaliknya, kini anda boleh hanya menaip “Find My Phone”, dan ia akan memaparkan lokasi semasa telefon atau tablet anda.

Seterusnya, anda boleh membuatkan peranti berkenaan mengeluarkan bunyi, serta memudahkan anda untuk menemui peranti berkenaan jika hilang atau tersilap letak.


TIPS & ULASAN