Kemas Kini Android Lollipop Untuk Sony Xperia Z3 Kini Boleh Dimuat Turun

Kemas Kini Android Lollipop Untuk Sony Xperia Z3 Kini Boleh Dimuat Turun

Diterbitkan pada Apr 16, 2015 oleh .

Xperia-Z3-LollipopKemas kini Android Lollipop untuk Sony Xperia Z3 akhirnya boleh dimuat turun. Ianya diumumkan minggu lalu dan pengguna tempatan terpaksa menanti lebih lama dari pengguna negara lain. Paling mengejutkan ialah pengguna Xperia Z3 Compact dan Z2 terlebih dahulu menerima kemasan sistem operasi terkini ini berbanding Z3 yang merupakan peranti utama Sony.

Kemas kini harus dilakukan menggunakan perisian PC Companion komputer anda. Tidak ada kemas kini OTA dilakukan oleh pihak Sony. Sila muat turun kemas kini ini sekarang. Kami sedang melakukan kemas kini pada peranti kami dan akan melaporkan sama ada prestasi semakin baik ataupun terdapat pepijat pada sistem operasi terkini ini. Selamat memuat turun.

 


TIPS & ULASAN