Cari @ Amanz

KPDNKK atau nama penuhnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia bertanggunjawab dalam memantau harga barangan semasa, dan pada masa yang sama mengawal hal ehwal pengguna. Kini, lanjutan daripada pengenalan GST yang memperlihatkan angka aduan meningkat, pihak KPDNKK turut telah melancarkan sebuah aplikasi khusus untuk memudahkan proses menghantar aduan, dinamakan sebagai Ez-ADU.

Ez-ADU KPDNKK

Menggunakan aplikasi ini, pengguna akan diminta untuk membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu, dan seterusnya menghantar aduan mengenai sesuatu premis berkenaan – terus melalui telefon pintar mereka. Sokongan geolokasi turut disertakan, selain membolehkan pengguna merakamkan gambar menggunakan kamera untuk disertakan sebagai bukti.

Pengguna juga boleh turut menyemak status aduan mereka melalui aplikasi yang sama.

Walaupun fungsi yang ditawarkan adalah mungkin berguna bagi sejumlah pengguna, tetapi rekaan aplikasi berkenaan agak mengecawakan, terutamanya jika anda menggunakan peranti berskrin kecil.

Apa pun, bagi anda yang berminat, dan ingin membuat laporan dengan mudah – terutamanya pasca-GST kini, aplikasi ini mungkin dapat membantu anda dalam proses menghubungi pihak KPDNKK.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd