Cyanogen Akan Menyertakan Aplikasi Dan Perkhidmatan Microsoft Pada Sistem Operasi Mereka

Cyanogen Akan Menyertakan Aplikasi Dan Perkhidmatan Microsoft Pada Sistem Operasi Mereka

Diterbitkan pada Apr 16, 2015 oleh .

Cyanogen yang sedia terkenal dengan penawaran versi Android mereka tersendiri untuk sejumlah peranti Android di pasaran, hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan pihak Microsoft. Melaluinya, mereka akan mula mengintegrasikan sejumlah aplikasi dan perkhidmatan Microsoft pada penawaran mereka.

Dengan ini, kita mungkin akan dapat melihat penawaran OneDrive, aplikasi Microsoft Office dan juga Skype pada CyanogenMod kelak. Selain daripada itu, perkhidmatan Bing juga turut akan disertakan, bersama-sama OneNote dan juga Outlook.

Cyanogen tidak memberikan petanda bilakah ia akan mula diintegrasikan. Memandangkan mereka baru sahaja habis membangunkan CM12, mungkin kita akan dapat melihat ia diintegrasikan padanya, atau mungkin juga pada versi akan datang.


TIPS & ULASAN