Cari @ Amanz

Huawei semalam telah berkongsi mengatakan pasaran Malaysia akan menjadi antara yang terawal untuk menerima peranti Huawei P8 dan juga peranti bersaiz besar mereka, Huawei P8 Max. Berkongsi lanjut mengenainya untuk pasaran tempatan, Henry Hsu, COO Huawei (Rantau Pasifik Selatan) mengatakan kedua-dua peranti berkenaan dijangka hadir sekitar awal Jun 2015 ini di Malaysia.

Huawei P8 & P8 Max

Huawei P8 merupakan telefon bersaiz 5.2-inci daripada Huawei, hadir dengan rekaan unibody, kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan OIS, dan juga kamera hadapan 8-megapixel. Huawei mengatakan peranti ini hadir dengan sokongan bateri bertahan sehingga lebih sehari untuk penggunaan normal, dan sehari untuk penggunaan berat.

Bagi Huawei P8 Max pula, ia membawakan skrin bersaiz 6.8-inci, dan membawakan bateri bersaiz lebih besar yang mampu bertahan sehingga dua hari. Disamping itu, Huawei turut menyertakan beberapa pembaharuan khusus dari segi perisian untuk Huawei P8 Max ini.

Pihak Huawei Malaysia masih tidak berkongsi sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan harga yang akan ditawarkan untuk kedua-dua peranti berkenaan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd