Samsung Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge Mula Dijual Di Malaysia Bermula Hari Ini

Samsung Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge Mula Dijual Di Malaysia Bermula Hari Ini

Diterbitkan pada Apr 17, 2015 oleh .

Selepas mengumumkan penawaran peranti Samsung Galaxy S6 dan juga Galaxy S6 Edge pada awal bulan ini, hari ini pihak Samsung Malaysia secara rasminya telah memulakan penawaran kedua-dua peranti yang dinantikan ramai tersebut di Malaysia.
Galaxy S6 Malaysia

Samsung Galaxy S6

Samsung Galaxy S6 merupakan telefon pintar berspesifikasi tinggi terbaru daripada Samsung, dilengkapi cip pemprosesan Exynos dan memori 3GB RAM. Menjadi tarikan ramai juga adalah sokongan kamera pada peranti ini, dimana kamera 16-megapixel dengan sokongan OIS merakamkan gambar dengan amat jelas dan terang berbanding pelbagai pesaing yang lain.

Samsung Galaxy S6

Selain Galaxy S6, Samsung juga turut telah menawarkan Samsung Galaxy S6 Edge yang membawakan skrin melengkung pada kiri dan kanan, serta beberapa ciri-ciri khusus untuknya.

Di Malaysia, Galaxy S6 dijual pada harga RM2599, sementara Galaxy S6 Edge pula pada harga RM3099. Kedua-dua peranti juga boleh didapati pada harga sedikit rendah dengan pakej telekomunikasi daripada Maxis, Digi dan juga Celcom. Pengguna juga boleh mendapatkan pengecas tanpa wayar pada harga RM50 dengan pembelian sebarang telefon pintar ini untuk masa yang terhad.

Baca : Ulasan Samsung Galaxy S6

Baca : Ulasan Samsung Galaxy S6 Edge


TIPS & ULASAN