Cari @ Amanz

Digi SarawakDigi, salah satu syarikat telekomunikasi utama di Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan sokongan rangkaian 4G LTE mereka di Sarawak, sekaligus membolehkan para pengguna mereka di Kuching, Miri, dan Bintulu menikmati rangkaian internet berkelajuan tinggi melalui peranti mudah-alih mereka.

Menurut Digi, di Kuching, rangkaian LTE mereka meliputi 72% kawasan berpenduduk. Mereka menyasarkan untuk terus memperluaskan sokongan rangkaian 4G di Sarawak, dan mengatakan ia mungkin meliputi hampir 42% di Sarawak menjelang penghujung tahun ini. Pada masa yang sama, untuk rangkaian 3G pula, Digi menyasarkan liputan sebanyak 71% menjelang penghujung tahun ini.

Digi mengatakan dengan penawaran rangkaian 4G LTE ini, pengguna boleh menikmati sekurang-kurangnya kelajuan 5Mbps pada peranti mudah-alih mereka secara konsisten.

Pengenalan sokongan 4G LTE ini diaktifkan untuk pengguna prabayar dan juga pascabayar di Sarawak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd