Mozilla Menguji Fungsi Untuk Menyimpan Pautan Daripada Aplikasi Lain Dan Membukanya Bila Anda Menggunakan Firefox

Mozilla Menguji Fungsi Untuk Menyimpan Pautan Daripada Aplikasi Lain Dan Membukanya Bila Anda Menggunakan Firefox

Diterbitkan pada Apr 17, 2015 oleh .

Mozilla mempunyai beberapa penawaran versi baru pelayar web Firefox mereka. Terkini, melalui versi pembangunan Firefox Nightly untuk Android, kini Mozilla dilihat menguji sebuah fungsi baru yang dinamakan sebagai “Open Later”.

Melalui fungsi ini, jika anda menggunakan pelayar web Firefox sebagai pelayar web utama, anda boleh mengaktifkannya, dan akan diberikan pilihan untuk membuka sesuatu pautan serta-merta ataupun pada kemudian kali bila anda membuka aplikasi Firefox.

Firefox Open Later

Firefox Open Later

Ini memberikan kemudahan kepada anda yang ingin menyimpan pelbagai koleksi pautan terutamanya daripada perkhidmatan sosial atau permesejan untuk dibuka apabila anda inginkan sahaja.

Fungsi ini boleh dikategorikan sebagai masih dalam fasa ujian sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan memasuki versi akhir Firefox untuk Android atau sebaliknya.

Bagi anda, adakah fungsi ini berguna, atau anda lebih gemarkan untuk membuka sesuatu pautan serta-merta atau menggunakan aplikasi seperti Pocket dalam pengurusan pautan anda?

Muat-Turun Firefox Nightly untuk Android


TIPS & ULASAN