Cari @ Amanz

Twitter telah sekian lama membawakan sokongan perkongsian emoji. Malah, ketika acara piala dunia bola sepak, mereka turut memperkenalkan emoji berbentuk bendera negara untuk membolehkan para pengguna perkhidmatan sosial tersebut menyatakan sokongan menggunakan emoji.

Star Wars Twitter

Terkini, Twitter turut membawakan sokongan yang lebih kurang sama untuk para peminat filem Star Wars. Seperti ketika untuk piala dunia, pengguna boleh menggunakan hashtag nama watak, dan Twitter akan memaparkan sebuah emoji bersaiz kecil pada penghujung hashtag berkenaan.

Twitter mengatakan mereka bekerjasama dengan pihak Disney dan juga Lucasfilem dalam hadir dengan penawaran ini. Jika anda merupakan peminat Star Wars, anda boleh menggunakan hashtag nama watak Star Wars, sebagai contoh #StormTrooper, dan ia akan memaparkan sebuah emoji kecil bersama-sama Twitter anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd