OnePlus Menjadualkan Sesuatu Pada 20 April – Setahun Selepas Pengenalan OnePlus One

OnePlus Menjadualkan Sesuatu Pada 20 April – Setahun Selepas Pengenalan OnePlus One

Diterbitkan pada Apr 18, 2015 oleh .

OnePlus akan menawarkan OnePlus One di Malaysia melalui Maxis bermula minggu hadapan, dan kini mereka melalui laman Google+ turut memperlihatkan OnePlus akan mengumumkan sesuatu yang baru pada 20 April kelak.

OnePlus

OnePlus mengatakan “apa sahaja yang boleh berlaku selepas ini” – dan tidak memberikan sebarang petanda mengenai apakah yang bakal diumumkan.

Sebelum ini, OnePlus telah mengatakan mereka hanya akan menawarkan telefon pintar ” OnePlus Two” sekitar suku ketiga 2015 kelak – berkemungkinan supaya jualan di negara-negara yang baru menerima peranti berkenaan tidak terjejas.

Mungkinkah pihak OnePlus mempunyai produk baru yang ingin diumumkan, ataupun mereka mempunyai kejutan yang lain. Mungkin juga pihak OnePlus ingin berkongsi pencapaian mereka sejak setahun OnePlus One diperkenalkan. OnePlus One sebelum ini trlah diperkenalkan pada 23 April 2014 yang lepas.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan mereka pada 20 April kelak.


TIPS & ULASAN