Carian
Ura-Ura Mediatek Akan Menghasilkan Pemproses 10 Teras Akhir Tahun Ini
April 18, 2015 Effi Saharudin

Mediatek ialah pengeluar pemproses yang sering kita kaitkan dengan peranti berkelas rendah dah murah. Tetapi sejak akhir-akhir ini pemproses mereka mula digunakan oleh pengeluar ternama seperti Sony, HTC dan Samsung.  Mereka juga pengeluar pertama yang berjaya menghasilkan pemproses lapan teras sebenar dengan kelapan-lapan teras berfungsi pada kelajuan yang sama. Ini berbeza dengan pemproses big.Little lapan teras seperti Snapdragon 810. Mediatek nampaknya ingin menghapuskan perspesi bahawa pemproses mereka hanya untuk peranti kelas bawahan sejak kebelakangan ini.

Kini terdapat ura-ura Mediatek akan menghasilkan pemproses dengan 10 teras (deca-core) dengan kod panggilan Helio X20. Ia adalah kesinambungan kepada pemproses Helio X10 2.2 GHz lapan teras yang kini digunakan pada HTC One M9+. Helio X20 dikatakan mampu mencatatkan markah setinggi 70 000 untuk penanda aras Antutu. Buat masa ini markah penanda aras tertinggi pernah kami lihat adalah 61000 yang dicatatkan oleh Exynos 7420 Samsung Galaxy S6. Kesemua sepuluh teras X20 dilaporkan berfungsi pada kelajuan yang sama. Persoalannya sekarang ialah adakah kita memerlukan peranti dengan deca-core? Adakah jangka hayat peranti akan terjejas dengan pengguna peranti yang sangat berkuasa? Ini semuanya akan terjawab di hujung tahun ini sekiranya Mediatek benar-benar menghasilkan pemproses Helio X20.

helio-x20

Komen