Microsoft Menawarkan Aplikasi Universal Untuk Maps Bagi Pengguna Windows 10 Technical Preview

Microsoft Menawarkan Aplikasi Universal Untuk Maps Bagi Pengguna Windows 10 Technical Preview

Diterbitkan pada Apr 18, 2015 oleh .

Microsoft ketika pengenalan Windows 10 untuk para pembangun beberapa bulan lepas, menekankan kepada sokongan aplikasi universal. Ketika itu, mereka memperlihatkan beberapa aplikasi yang direkabentuk untuk digunakan pada pelbagai saiz skrin dan menawarkan pengalaman penggunaan yang konsisten.

Sejak daripada itu, beberapa aplikasi telah diperkenalkan, dan salah satunya adalah Maps. Ketika peringkat awal, Microsoft hanya menawarkan Maps untuk pengguna Windows 10 Technical Preview di desktop sahaja, tetapi kini mereka turut menambah sokongan untuk aplikasi universal pemetaan mereka itu untuk pengguna Windows Phone.

Bing Maps

Bing Maps

Melalui aplikasi Maps untuk Windows 10 Technical Preview ini, Microsoft dilihat mengintegrasikan data daripada HERE Maps dan Bing Maps menjadi satu. Ia membolehkan anda mengikuti pelbagai data semasa, disamping turut menggunakannya untuk navigasi, atau pada masa yang sama membaca ulasan pengguna berkaitan sesuatu lokasi berkenaan.

Selain daripada itu, Microsoft juga turut mengintegrasikan data berbentuk paparan 3D dan juga panorama lokasi menggunakan aplikasi baru ini.

Bagi anda yang sedia menggunakan Windows 10 Technical Preview pada telefon pintar anda, mungkin boleh memuat-turun dan mencuba sendiri aplikasi pemetaan universal daripada Microsoft ini.


TIPS & ULASAN