TM Mula Menawarkan Pakej UniFi 30Mbps Dan 50Mbps Untuk Pengguna Umum – Lebih Murah Daripada Pakej 20Mbps

TM Mula Menawarkan Pakej UniFi 30Mbps Dan 50Mbps Untuk Pengguna Umum – Lebih Murah Daripada Pakej 20Mbps

Diterbitkan pada Apr 20, 2015 oleh .

Telekom Malaysia telah sekian lama menawarkan talian internet berkelajuan tinggi mereka dengan pilihan 50Mbps dan 30Mbps kepada para pengguna perusahaan. Kini, mereka juga dilihat telah mula memperluaskan penawaran dengan turut mula menyediakan kelajuan yang lebih kurang sama untuk pengguna di rumah.

Unifi 30Mbps

Unifi 30Mbps

Melalui pakej baru yang ditawarkan secara terhad, pihak Telekom Malaysia menawarkan pakej UniFi 30Mbps pada harga bermula RM210.94 sebulan, selain turut menawarkan penambahan kelajuan sehingga 50Mbps pada kadar langganan bulanan bermula RM263.94.

Pakej UniFi 30Mbps baru ini hadir dengan fokus terhadap penawaran HyppTV, dan ia berharga lebih murah berbanding pakej sedia ada kerana tidak menawarkan panggilan tanpa had kepada talian Telekom Malaysia lain. Namun, pengguna boleh membuat penambahan untuk pakej panggilan dengan tambahan langganan bulanan sebanyak RM21.20 sebulan.

Telekom Malaysia juga dilihat telah mula mengintegrasikan penawaran P1 pada pakej mereka, dimana pakej dengan kuota 5GB pada kelajuan 1Mbps boleh ditambah pada langganan UniFi 30Mbps ini pada kadr RM30.74 sebulan.

Penawaran pakej baru ini hanya terhad untuk beberapa lokasi sahaja buat masa ini, iaitu sekitar Bangsar, Damansara Utama, Kepong, Menara TM, Puchong, Serdang, Shah Alam, dan juga USJ Taipan. Menurut wakil Telekom Malaysia juga, penawaran pakej 50Mbps agak terhad untuk bangunan yang tidak tinggi sahaja buat masa ini. Pengguna juga tidak boleh menaik-taraf pakej sedia ada, dan perlu membuat langganan baru untuk pakej ini.

Jadi, apa kata anda mengenai penawaran baru daripada Telekom Malaysia ini?


TIPS & ULASAN