Pegangan Peratusan Jualan Peranti Pintar Samsung Meningkat Suku Pertama 2015

Pegangan Peratusan Jualan Peranti Pintar Samsung Meningkat Suku Pertama 2015

Diterbitkan pada Apr 20, 2015 oleh .

“Berita tentang kematian kami sebenarnya diperbesar-besarkan”

Ini adalah kuotasi yang boleh diguna pakai untuk Samsung tahun ini. Setelah melihat pegangan peratusan peranti mereka menurun sejak dua tahun yang lalu, jualan mereka meningkat suku pertama tahun ini. Samsung kini memegang 27.8% pasaran peranti pintar dunia mengikut laporan Trendforce. Ini adalah peningkatan mendadak dari  24.7% berbanding suku terakhir tahun lalu. Peningkatan ini adalah kerana permintaan di luar jangkaan untuk Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge.

Trenforce-1

Apple masih di tempat kedua dengan  19.9%, penurunan dari 23.2% sebelum ini. Penurunan adalah kerana jualan iPhone 6 dan 6 Plus yang mula berkurangan selepas musim perayaan Disember lalu. Huawei mengukuhkan kedudukan di tempat ketiga dengan 7%, naik sedikit berbanding 6.9% sebelum ini. Ini diikuti oleh LG dan Lenovo. Tiada pula data mengenai peratusan jualan peranti Lumia dan Blackberry.

Di China pula Huawei menjuarai carta jualan diikuti oleh  Lenovo dan Xiaomi. Trend jualan peranti pintar dunia dan di China nampaknya berbeza dengan trend di Malaysia. Seperti yang kami laporkan beberapa minggu yang lalu Samsung adalah jenama peranti pintar nombor satu negara dan diikuti oleh Lenovo dan Asus.

Trenforce-2


TIPS & ULASAN