HydraDock : Dok Penambah Sambungan Pelbagai Fungsi Untuk MacBook 2015

HydraDock : Dok Penambah Sambungan Pelbagai Fungsi Untuk MacBook 2015

Diterbitkan pada Apr 20, 2015 oleh .

Keputusan Apple untuk hanya meletakkan satu sahaja port sambungan USB-C pada MacBook 2015 menerima banyak rungutan kepada peminat Apple. Bagi bukan peminat pula ianya menjadi bahan ketawa dengan beberapa video parodi dihasilkan mendapat jutaan tontonan di YouTube. Pihak Apple ada menghasilkan dongle bagi menambahkan jumlah sambungan kepada komputer riba ini tetapi ianya dilihat masih tidak memadai untuk kegunaan kebanyakan pengguna.

hydra-dock

HydraDock ialah dok yang menambah 11 sambungan pelbagai fungsi untuk MacBook 2015. Ia mempunyai 4 port USB 3.0, 2 port USB-C, 1 port HDMI, 1 port mini-display, 1 port LAN, 1 pembaca kad SDXC dan 1 jack fon kepala. Ia turut berfungsi sebagai tetongkat bagi menenggekkan bahagian belakang komputer riba ketika menaip. HydraDock masih mengumpul dana untuk penghasilan secara besar-besaran dan dijual pada harga $129 sebuah. Harga yang agak mahal hanya untuk menambah jumlah sambungan untuk sebuah komputer riba. Tetapi sekiranya anda boleh membelanjakan RM 4769 untuk sebuah komputer riba, membeli dongle tambahan berharga RM 470 pastinya tidak membebankan dompet anda.

 


TIPS & ULASAN