Sony Xperia Z4 Diumumkan Secara Rasmi : Skrin 5.2″ Dan Pemproses Lapan Teras

Sony Xperia Z4 Diumumkan Secara Rasmi : Skrin 5.2″ Dan Pemproses Lapan Teras

Diterbitkan pada Apr 20, 2015 oleh .

xperia-z4--FrontSony Xperia Z4 diumumkan secara rasmi di Tokyo hari ini selepas spekulasi selama berbulan lamanya. Xperia Z4 mempunyai skrin 5.2″ FHD, pemproses Snapdragon 810, RAM 3 GB dan muatan dalaman 32 GB. Sokongan MikroSD adalah sehingga 128 GB. Kemampuan optik pula ialah 20.7 Megapixel untuk kamera utama dan 5 Megapixel untuk kamera hadapan. Kamera utama kini mempunyai fungsi Cooking Mode khas untuk mereka yang gemar mengambil gambar makanan untuk perkongsian media sosial.

Dari segi bateri pula ia dilengkapi bateri 2930 mAh. Empat pilihan warna diberikan iaitu  hitam, putih, tembaga dan Aqua.  Seperti keluarga Xperia yang lain Z4 mempunyai fungsi kalis air dengan penilaian IP 68. Xperia Z4 akan mula dijual di Jepun bulan hadapan tetapi harga jualan masih belum diumumkan.

Nampaknya Sony mengikut jejak langkah HTC dengan hanya melakukan perubahan sedikit dari model tahun sebelumnya. Perubahan hanya dilakukan pada pemproses yang kini lapan teras, kamera hadapan yang lebih besar dan bateri yang lebih kecil.

Apakah pandangan anda tentang perubahan yang sedikit dilakukan oleh Sony pada Xperia Z4? Adakah ini membuatkan anda lebih cenderung kepada peranti utama pengeluar lain yang menunjukkan perbezaan yang lebih besar dari model tahun sebelumnya?

xperia-Z4-Sony

Sony Xperia Z4 vs Xperia Z3

Xperia Z3 Xperia Z4
Skrin 5.2″ FHD 5.2″ FHD
Pemproses 2.5 X 4 GHz Snapdragon 801 (2.0 X 4  + 1.5 X 4 GHz ) Snapdragon 810
RAM 3 Gigabyte 3 Gigabyte
Muatan Dalaman 16 Gigabyte (Sokongan MikroSD sehingga 128 GB) 32 Gigabyte (Sokongan MikroSD sehingga 128 GB)
Kamera Utama 20.7 Megapixel 20.7 Megapixel
Kamera Hadapan 2.2 Megapixel 5.0 Megapixel (sudut lebar)
Bateri 3100 mAh
2930 mAh
SIM Nano Nano

TIPS & ULASAN