HTC Malaysia Ingin Melancarkan Telefon Pintar HTC Baru Pada 28 April Di Malaysia
HTC

HTC Malaysia Ingin Melancarkan Telefon Pintar HTC Baru Pada 28 April Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 20, 2015 oleh .

HTC Malaysia hari ini melalui laman Facebook mereka telah berkongsi mengatakan akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka di Malaysia pada 28 April kelak. Acara yang dijadualkan untuk diadakan di Kuala Lumpur itu turut dibuka kepada para peminat HTC untuk menghadirkan diri.

Daripada gambar yang diperlihatkan pada halaman mendaftarkan minat untuk hadirkan diri, HTC Malaysia seperti memberikan gambaran ia berkemungkinan adalah HTC One M9 (atau mungkin M9+?).

HTC OneLife Malaysia

Pelancaran ini mungkin sesuatu yang telah dijangka, memandangkan sejumlah telefon pintar baru telah memasuki pasaran tempatan baru-baru ini, dan kini mungkin ramai peminat HTC yang menantikan peranti tersebut untuk turut memasuki pasaran tempatan.

Mungkin kita akan turut mendengar maklumat mengenai harga jualan dan tarikh mula ia dijual di Malaysia pada tarikh tersebut minggu hadapan. Bagi para peminat HTC yang ingin menghadirkan diri untuk acara berkenaan, mungkin turut boleh mendaftarkan minat untuk hadirkan diri melalui halaman khusus yang disediakan pihak HTC.

HTC One M9

HTC One M9

HTC One M9

HTC One M9

HTC One M9

HTC One M9

HTC One M9

HTC One M9

HTC One M9


TIPS & ULASAN