Cari @ Amanz

Tesla Motors masih tidak memperluaskan penawaran mereka untuk pasaran Malaysia sehingga kini, tetapi nama mereka kian menjadi sebutan ramai dalam arena automotif. Mereka telah menawarkan beberapa model kenderaan elektrik, dan salah satu kenderaan yang popular daripada mereka sehingga hari ini adalah Model S.

Namun, seperti biasa, sebelum kejayaan Tesla Motors ini, mereka juga pernah melalui masa yang sukar untuk syarikat mereka. Sekitar tahun 2013, Tesla Motors dilaporkan sukar untuk menjana jualan dan keuntungan. Perkara ini membuatkan Elon Musk mencari beberapa alternatif untuk menyelamatkan Tesla, dan salah satunya adalah dengan berbincang dengan pihak Google untuk mengambil-alih syarikat.

Ketika itu, Elon Musk dikatakan menawarkan Tesla pada harga sekitar $6 bilion, dan turut meminta Google untuk meneruskan pengeluaran kenderaan sekurang-kurangnya sehingga kenderaan elektrik generasi ketiga Tesla, serta menambah lagi modal sebanyak $5 bilion untuk memperluaskan kilang pengeluaran.

Ia dikatakan pihak Google dan Tesla Motors terus sambung berbincang mengenai pengambil-alihan tersebut, tetapi dengan lebih ramai mula membeli Model S daripada Tesla, aliran wang tunai mereka menjadi positif, sekaligus membuatkan Tesla tidak memerlukan sebarang bantuan kewangan lagi.

Memandangkan mereka telah dapat mula beroperasi dengan sendiri, perbincangan dengan pihak Google ditamatkan, dan kini Tesla terus beroperasi secara bersendirian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd