Cari @ Amanz

Pada bulan Mac yang lepas, pihak Samsung telah memperkenalkan keluarga tablet baru dinamakan sebagai Galaxy Tab A. Kini, mungkin salah satu variasi daripadanya bakal hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Melalui halaman Sirim, ia dilihat Samsung telah menerima pengesahan untuk model SM-P350 yang mana merupakan model Galaxy Tab A Plus.

Galaxy Tab A Plus ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 8-inci dengan resolusi 1024×600 pixel, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 410, memori 2GB RAM, dan ruangan storan terbina 16GB. Samsung turut dijangka akan menyertakan sokongan S-Pen bersama-sama tablet ini.

Buat masa ini, harga jualannya dan bilakah Samsung akan melancarkan ia ke pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi. Memandangkan ia telah melepasi Sirim, maka pelancaran rasminya mungkin tidak lama lagi.

Samsung Galaxy Tab A Plus

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd