Carian
(Video) Apple Watch Mengambil Masa Yang Lama Untuk Dihidupkan
April 21, 2015 Effi Saharudin

Masa itu emas dan pepatah imperialis ada berkata “masa dan air pasang tidak akan menunggu seseorang manusia”. Kerana masa itu emas kepantasan peranti adalah penting dalam kegunaan harian. Jadi adalah mengecewakan apabila apabila kami melihat video menghidupkan Apple Watch di bawah. Masa yang diambil adalah terlalu lama bagi sebuah jam pintar moden iaitu sekitar 70 saat. Mungkin ada yang mengatakan ini adalah peranti generasi pertama dan masalah seperti ini bolehlah dimaafkan.

Tetapi dari pengalaman kami menggunakan Samsung Galaxy Gear yang juga merupakan jam pintar generasi pertama, masa yang diambil untuk dihidupkan adalah sekitar 25 saat. Beberapa video jam pintar Android Wear generasi pertama juga boleh dihidupkan dalam masa kurang 30 saat. Mungkin masa untuk dihidupkan ini dapat dipercepatkan dengan kemas kini perisian sebelum ianya hadir di pasaran tempatan.

Komen