Asus Zenfone 2 Dilancarkan Secara Rasmi Di Asia Tenggara – 9 Mei Di Malaysia

Asus Zenfone 2 Dilancarkan Secara Rasmi Di Asia Tenggara – 9 Mei Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 21, 2015 oleh .

Setelah tiga bulan peranti yang popular dan mendapat perhatian ramai iaitu Asus Zenfone 2 diumumkan semasa acara di CES 2015, pada hari ini pihak Asus telah mengumumkannya untuk pasaran Asia Tenggara. Bagi pasaran Asia Tenggara, terdapat 4 variasi spesifikasi yang hadir, dan yang menjadi tarikan utama adalah variasi model dengan memori sebesar 4GB RAM

Asus Zenfone 2
Pemproses Intel Atom 1.8GHz / 2.3GHz
RAM 2 GB RAM / 4GB RAM
Muatan Dalaman 16GB / 32GB / 64GB + Mikro-SD
Kamera Utama 13 MP
Kamera Depan 5 MP
Skrin 5.5 Inci IPS LCD 720p / 1080p 403 ppi
Bateri 3000 mAh
SIM/Telefoni Dwi-SIM, 4G LITE

Peranti ini juga tidak mempunyai perbezaan spesifikasi yang ketara seperti Zenfone yang diumumkan pertama kali pada tahun lepas. Jika Zenfone pada tahun lalu dibezakan melalui saiz paparan skrin, Zenfone 2 ini mempunyai skrin bersaiz 5.5 inci untuk 4 variasi berbeza. Mengekalkan tradisi keluarga Zenfone, ia hadir pada variasi dwi-SIM yang sentiasa aktif.

Buat masa ini tiada sebarang harga diumumkan untuk pasaran Malaysia, namun jika dikirakan dari harganya untuk pasaran Indonesia, ia mungkin ditawarkan pada harga bermula RM 750.

IMG_6273

Variasi pertama Asus Zenfone 2 dengan cip pemprosesan 1.8GHz dan 2GB RAM serta kapasiti storan 16GB pada harga sekitar RM756 namun skrinnya hanya mempunyai resolusi HD 720p.

IMG_6274

Variasi kedua Asus Zenfone 2 dengan cip pemprosesan 1.8GHz dan 2GB RAM serta kapasiti storan 16GB namun ditawarkan dengan paparan HD penuh 1080p pada harga sekitar RM840.

IMG_6276

Variasi ketiga Asus Zenfone 2 dengan cip pemprosesan 2.3GHz dan 4GB RAM namun dengan peningkatan kapasiti storan 32GB ditawarkan dengan paparan HD penuh 1080p pada harga sekitar RM1,120.

IMG_6277

Variasi tertinggi Asus Zenfone 2 dengan cip pemprosesan 2.3GHz dan 4GB RAM disertakan dengan kapasiti storan terbesar dalam siri ini iaitu sebesar 64GB ditawarkan dengan paparan HD penuh 1080p pada harga sekitar RM1,260.

Pelancaran Asus Zenfone 2 khusus untuk Malaysia akan diadakan pada 9 Mei dan ia turut dibuka kepada umum, namun terhad kepada 1000 orang pertama.

MWC 2015: Pandang Pertama Asus Zenfone 2


TIPS & ULASAN