Bagaimana Mengelak Menerima DM Daripada Mereka Yang Tidak Diikuti Pada Twitter?

Bagaimana Mengelak Menerima DM Daripada Mereka Yang Tidak Diikuti Pada Twitter?

Diterbitkan pada Apr 21, 2015 oleh .

Twitter pada hari ini telah membuat perubahan pada bentuk penawaran perkhidmatan mereka, dimana kini mereka membolehkan sesiapa sahaja untuk menghantar DM kepada pengguna lain – walaupun mereka tidak diikuti pada laman sosial tersebut.

Perkara ini mungkin tidak digemari ramai, dan mungkin anda hanya ingin menerima mesej DM daripada rakan-rakan yang diikuti dan dikenali sahaja.

Untuk mengelakkan anda menerima DM daripada mereka yang tidak diikuti, anda perlu mematikan sokongan tersebut pada halaman tetapan.

Bagi melakukannya, anda hanya perlu kehalaman tetapan Twitter di web, dan seterusnya memilih bahagian “Security and Privacy”.

Pada halaman berkenaan, tatal sehingga ke bahagian bawah web, dan anda akan melihat ruangan yang ditandakan sebagai “Direct Message”. Jika ruangan tersebut ditandakan, anda boleh membuangnya, dan menyimpan perubahan yang dilakukan.

Dengan membuatnya, hanya rakan-rakan anda sahaja yang boleh menghantar mesej kepada anda, dan bukannya semua pengguna Twitter.

Twitter Dircet Message

Layari : Twitter Security & Privacy

TIPS & ULASAN