Oppo Akan Menawarkan AOSP Android 5.0 Lollipop Untuk Find 7 – Versi ColorOS Pada Mei 2015

Oppo Akan Menawarkan AOSP Android 5.0 Lollipop Untuk Find 7 – Versi ColorOS Pada Mei 2015

Diterbitkan pada Apr 21, 2015 oleh .

Bagi para peminat dan pengguna peranti Oppo Find 7, terkini, melalui laman Oppo Forums, pihak Oppo telah berkongsi beberapa perkara menarik mengenai kemaskini Android 5.0 Lollipop yang bakal ditawarkan untuk peranti Find 7 tidak lama lagi.

Menurut Oppo, mereka akan menguji dengan penawaran versi AOSP, dimana hadir tanpa sebarang penambahan antaramuka bersama-sama dengannya. Oppo mengatakan versi ini disasarkan untuk menawarkan pengalaman sebenar Android yang pantas, ringan dan stabil. Selain itu, ia juga akan menyokong storan yang disatukan dan juga soft-keys.

Walaubagaimanapun, versi AOSP ini memerlukan pengguna untuk memasangnya secara manual, dan bukannya ditawarkan dalam bentuk OTA – sekaligus menjadikan ia lebih disasarkan kepada pengguna yang lebih berpengalaman dan teknikal.

Untuk pengguna umum pula, Oppo mengatakan versi ColorOS berasaskan Android Lollipop sedang dibangunkan, dan disasarkan untuk ditawarkan kepada pengguna Find 7 sekitar bulan Mei kelak.

Bagi anda yang ingin menguji terlebih dahulu versi AOSP untuk Find 7, anda boleh menyertai forum Oppo, dan mencuba versi pembangunan yang ditawarkan secara terhad tersebut.


TIPS & ULASAN