Cari @ Amanz

Digi dan Opera sebelum ini, pada bulan Februari yang lepas telah memperkenalkan sokongan App Pass melalui penggunaan Opera Max. Ketika pengenalan, ia hanya terhad kepada aplikasi sosial sahaja, tetapi dari hari ke hari, pihak Digi turut memperluaskan ia untuk menyokong pelbagai perkhidmatan baru yang lain.

Digi dan Opera menawarkan sokongan ini kepada para pelanggan talian Digi, dimana memerlukan mereka memuat-turun aplikasi Opera Max, dan seterusnya melanggan kepada beberapa pas berbeza khusus untuk sesuatu aplikasi. Dengan melanggannya, pengguna akan diaktifkan dengan akses internet yang boleh digunakan terhad kepada sesuatu aplikasi. Pengguna boleh melanggan kepada pelbagai jenis pas, dan ia biasanya hadir dengan masa penggunaan yang terhad – sebagai contoh untuk penggunaan sehingga 3 hari atau selama seminggu.

Digi App Pass

Dengan kemaskini baru ini, pihak Digi dilihat telah menambah pelbagai perkhidmatan baru dibawah sokongan App Pass ini, termasuk antaranya adalah permainan Clash of Clans, Boom Beach dan juga aplikasi video DailyMotion. Untuk permainan, mereka menawarkan akses sehingga 3 hari, sementara untuk DailyMotion pula akses selama 30 minit.

Bagi para pelanggan Digi, anda boleh memuat-turun aplikasi Opera Max ini, dan mengambil kelebihan ia dalam menggunakannya untuk menjimatkan penggunaan data talian komunikasi anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd