Permainan EA Sports UFC Boleh Dimuat-Turun Oleh Pengguna Android Dan iOS

Permainan EA Sports UFC Boleh Dimuat-Turun Oleh Pengguna Android Dan iOS

Diterbitkan pada Apr 22, 2015 oleh .

EA atau Electronic Arts merupakan salah satu nama yang popular dalam arena permainan video di komputer dan konsol. Mereka juga telah mula membina nama dalam arena permainan pada peranti mudah-alih sejak beberapa tahun ini. Beberapa permainan telah pun ditawarkan mereka secara percuma, dan terkini EA turut menawarkan sebuah lagi permainan baru secara percuma untuk pengguna iPhone dan Android.

EA UFC Android

Permainan EA Sports UFC yang dilancarkan hari ini kepada pengguna seluruh dunia telah ditawarkan secara terhad kepada pengguna di beberapa buah negara sebelum ini. Melalui permainan ini, pemain akan memilih satu watak untuk dikawal daripada lebih 70 fighter UFC dan bermain pelbagai tahap dalam mengalahkan pihak lawan. Pemain juga akan menemui gaya gerakan baru dengan meningkatnya dari satu tahap ke tahap yang lain.

Apa pun, hendaklah diambil perhatian yang mana walaupun ia dilabelkan percuma, tetapi permainan ini hadir dengan sokongan pembelian-dalam-aplikasi. Walaupun ia boleh dimainkan secara percuma, tetapi mungkin beberapa cabaran akan memakan masa yang lama untuk diselesaikan berbanding jika anda memilih untuk membeli dan menggunakan kredit daripada EA.

Bagi anda yang berminat untuk memuat-turunnya, anda boleh mendapatkannya daripada Google Play Store dan Apple AppStore hari ini. Versi Android hadir dalam saiz sekitar 417MB, sementara versi iOS pula bersaiz sekitar 531MB.

Muat-Turun EA Sports UFC untuk Android

Muat-Turun EA Sports UFC untuk iOS


TIPS & ULASAN