Cari @ Amanz

Menjadi penantian ramai pada bulan ini adalah pengenalan LG G4, tetapi hari ini, pihak LG mengambil peluang untuk memperkenalkan sebuah peranti berspesifikasi pertengahan mereka dinamakan sebagai LG G Stylo.

LG G Stylo

Dari segi spesifikasi, LG G Stylo hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 410 64-bit 1.2Ghz, memori sebanyak 1.5GB RAM, dan ruangan storan terbina 8GB.

Telefon pintar ini turut hadir dengan kebolehan rakaman menggunakan kamera belakang bersensor 8-megapixel, selain kamera selfie hadapan 5-megapixel.

Dari segi perisian, ia dilengkapi dengan Android 5.0 Lollipop menggunakan antaramuka khusus daripada LG, dan turut hadir dengan aplikasi khusus untuk penulisan menggunakan stylus.

Telefon pintar ini akan ditawarkan kepada pasaran Korea Selatan sahaja buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd