Eye2TV : Penyesuai Yang Merubah Warna TV Untuk Individu Rabun Warna

Eye2TV : Penyesuai Yang Merubah Warna TV Untuk Individu Rabun Warna

Diterbitkan pada Apr 22, 2015 oleh .

Masalah rabun warna adalah masalah yang sering diabaikan. Di United Kingdom 1 setiap 12 lelaki dan 1 setiap 200 wanita mempunyai masalah rabun warna. Masalah rabun warna ini mempunyai pelbagai tahap yang boleh menyukarkan kehidupan penghidapnya. Di Malaysia mereka yang mempunyai tahap buta warna yang kronik seperti Deutranopia (rabun hijau dan merah) tidak dibenarkan mengambil lesen memandu. Tetapi kami tahu ada beberapa teman dengan masalah Deutranopia yang berjaya mengelat ketika mengambil ujian memandu dan mempunyai lesen.

ea47d61658601514471048addf5a631c_original

Salah satu lagi masalah penghidap rabun warna ialah mereka tidak dapat menonton TV dengan paparan warna yang betul. Jika menonton Manchester United menentang Werder Breman misalnya mereka akan mengalami kesukaran membezakan warna jersi merah Man U dengan hijau Bremen. Oleh itu penyesuai Eye2TV dihasilkan khas untuk mereka. Penyesuai ini dipasang pada hujung kabel HDMI sebelum dipasang kepada port HDMI pada TV mereka. Kuasa untuk penyesuai diambil dari port USB televisyen. Penyesuai ini akan mengubah warna dari sumber video (seperti pemain DVD) secara automatik bagi mengurangkan masalah pertembungan warna kepada pengidap buta warna.

Penyesuai ini boleh dikawal dan diubah tetapannya menggunakan pengawal yang disertakan ataupun aplikasi telefon pintar untuk Android dan iOS. Penyesuai ini boleh anda miliki pada harga £50 sebuah. Anda juga boleh mencuba demo teknologi yang digunakan oleh Eye2TV dari App Store dan Play Store bagi melihat sejauh manakah keberkesanannya sebelum membeli. Sekiranya anda mempunyai masalah buta warna dan mahu menonton TV dengan lebih selesa, Eye2TV ialah penyesuai yang anda nantikan

Muat turun  EyeTeq dari Google Play

Muat turun  EyeTeq dari App Store


TIPS & ULASAN