Cari @ Amanz


Kebaikan duduk di negara tropika seperti Malaysia ialah  anda tidak akan mati kesejukan setiap kali musim sejuk tiba. Keburukan ialah anda akan berpeluh setiap kali cuaca panas dan apabila menandu pula mata anda akan silau. Bagi penunggang motosikal, AGVisor rekaan pengeluar helmet terkemuka AGV akan membuatkan anda tidak perlu lagi membeli cermin mata hitam. AGVisor menggunakan sistem LCD bagi menggelapkan cermin helmet yang dipakai. Cermin boleh diubah tahap ketelusan cahayanya menggunakan butang pada kiri helmet. Ia boleh berfungsi selama 12 jam secara terus menerus sebelum perlu dicas. Tempoh mengecas pula ialah selama dua jam. Ia turut mempunyai teknologi anti kabut.

Teknologi ini sudahpun digunakan oleh juara MotoGP enam kali Valentino Rossi dan kini boleh dibeli pada harga €200. Buat masa ini hanya tiga helmet AGV menyokong penggunaan AGVisor iaitu Pista GP, Corsa dan GT Veloce.

agvisor-4

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd