HTC pada Mobile World Congress yang lepas telah memperkenalkan peranti realiti-maya mereka tersendiri hasil kerjasama dengan pihak Valve, dinamakan sebagai HTC Vive. Sebelum menawarkan ia kepada pengguna umum, seperti biasa mereka membuka pendaftaran minat kepada para pembangun untuk mendapatkannya terlebih dahulu.
Seperti biasa, tujuannya adalah untuk membolehkan mereka membangunkan kandungan yang berkaitan realiti-maya sebelum peranti tersebut dilancarkan kepada umum.
Menariknya bagi para pembangun, HTC dan Valve menawarkan HTC Vive ini secara percuma kepada para pembangun.
Bagi anda yang dalam industri pembangunan kandungan dan sedang memfokuskan arena realiti-maya, mungkin boleh mendaftarkan minat untuk mendapatkan HTC Vive Developer Edition ini.