Hello – Aplikasi Pendial Untuk Android Daripada Pihak Facebook, Membolehkan Anda Mengetahui Siapa Membuat Panggilan

Hello – Aplikasi Pendial Untuk Android Daripada Pihak Facebook, Membolehkan Anda Mengetahui Siapa Membuat Panggilan

Diterbitkan pada Apr 23, 2015 oleh .

Facebook Creative Labs sebelum ini telah hadir dengan beberapa jenis aplikasi untuk tujuan berbeza, dan hari ini mereka menambah satu lagi koleksi baru dibawah penawaran mereka dinamakan sebagai Hello. Aplikasi Hello ini merupakan aplikasi yang berfungsi sebagai pendail pada Android dan ditawarkan di beberapa buah negara secara terhad buat masa ini.

Aplikasi Hello daripada Facebook ini mengintegrasikan data daripada Facebook, sekaligus membolehkan anda mengetahui siapakah yang membuat panggilan kepada anda dengan mudah, walaupun nombor telefon mereka tidak tersimpan pada peranti anda.

Facebook Hello

Facebook menjayakannya dengan menghubungkan data nombor telefon tersebut kepada nombor profil pengguna di Facebook. Facebook membuat carian nombor telefon berkenaan pada pangkalan data mereka, dan jika seseorang pengguna membuat tetapan untuk membolehkan rakan-rakan mencari mereka menggunakan nombor telefon, maka info mereka akan dipaparkan kepada pengguna lain ketika membuat panggilan.

Selain hanya nama sahaja, anda juga turut boleh melihat beberapa maklumat lain seperti tempat kerja pemanggil, dan data tambahan seperti tarikh lahir dan rakan-rakan pemanggil yang sama dengan kita.

Facebook Hello Blocked

Facebook Hello ini ditawarkan kepada pengguna di negara Amerika Syarikat, Brazil dan Nigeria sahaja buat masa ini, dan mungkin akan diperluaskan kepada pelbagai negara lain berdasarkan kepada maklumbalas awal pengguna berkaitan dengannya.

Jadi, bagi anda, jika ia ditawarkan untuk pasaran Malaysia kelak, adakah anda akan menggunakannya?

Untuk mengelak nombor telefon anda disertakan dalam pangkalan data awam, anda boleh mengheadkan carian nombor telefon anda kepada rakan-rakan sahaja di halaman tetapan Facebook.


TIPS & ULASAN